Friday, 20 May 2016

Terapi- terapi Pendidikan Khas


ASAL USUL TERAPI


Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.

APA ITU TERAPI??

Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.



KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. antara terapi yang boleh diaplikasi dalam pendidikan khas.

APAKAH KEPERLUAN TERAPI DALAM P.KHAS

Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk : 

  • Merangsang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosialisasi
  • Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
  • Membina konsep kendiri Merangsang pengaliran darah dan oksigen
KEPENTINGAN TERAPI

Terapi berkepentingan untuk :

- Meningkatkan kemahiran pengamatan

-Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid

-Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

-Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi

-Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

-Merangsang pemikiran dan kreativiti murid

-Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan

-Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan





JENIS-JENIS TERAPI

Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :

-Terapi fisio

-Terapi cara kerja

-Terapi pertuturan

-Terapi muzik dan nyanyian

-Terapi seni visual

-Terapi hidro atau terapi air

-Terapi pergerakan kreatif

-Terapi main

-Terapi alternatif

 -Terapi aroma

-Terapi herba

-Terapi ozon

-Tetapi floortime

-Terapi pasir 

-Terapi haiwan

-Terapi snoozeland terapi pasir bagi kanak-kanak membelai dan mencintai kucing adalah salah satu terapi yang baik untuk kanak-kanak

Rujukan:




Bahan Bantu Mengajar Dalam Pendidikan Khas


Bahan-bantu mengajar

Pengenalan

Semua bilik darjah pendidikan khas bermasalah pembelajaran hendaklah dilengkapi dengan bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini berubah mengikut kemampuan dan kepentingan individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Tanpa pengetahuan dan cara pemakaian, Bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam kelas dan membazir sahaja. Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:

1. Bahan Keperluan Asas

  • Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dan rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

  • Bahan carta

  • wall pocket: RPI, data murid, dll

  • Alat tulis

  • Bahan tulis

  • Bahan dinding

  • Bahan tekapan getah
2. Bahan Pusat Sumber
  • Bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan, bahan bacaan, atau bahan pengulangandalam bacaan dan sebutan untuk membina pengamatan yang baik terhadap subjek pengajaran dan pembelajaran
  • Bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman murid-murid kepada sesuatu topik semasa atau tolik silam
  • Bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk meransang proses pembelajaran
  • Bahan rakam-OHP, VCR, VCD, TV dan komputer
  • Bahan pengemas-sarung plastik, laminator dll
3. Bahan-bahan matematik
  • Bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan nilai
  • Bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat, tinggi dan panjang
  • Bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor
  • Bahan pengamalan tambah,tolak, baki, darab, bahagi dsb
4. Bahan-bahan bahasa melayu
  • Bahan mengenal bentuk dan nama
  • sudut bercerita
  • bahan-bahan potongan akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain
  • bahan bacaan bergred
  • Kad dll


5. Bahan-bahan pendidikan seni
  • Sudut penghayatan seni
  • Bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis
  • alatan pembancuh warna
  • apron
  • Bahan kerja tangandari bahan terbuang, rotan, kertas dsb
  • Bahan-bahan lukisan tentang haiwan dsb
6. Bahan-bahan pendidikan muzik
  • radio
  • VCD
  • alat genderang
  • Kaset-kaset
  • Kastenet
  • Tamborin
  • dll
7. Bahan-bahan urus diri
  • Sinki basuh muka
  • cermin muka
  • bahan-bahan pembersih diri yang sesuai
8. Bahan-bahan pendidikan agama islam
  • Papan rehal
  • sejadah
  • tasbih
  • al-quran
  • kitab
  • telekong
  • songkok
  • kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat al-quran
  • buku-buku cerita nabi dll

9. Peralatan pendidikan jasmani
  • Bahan-bahan permainan padang
  • Sekital dan gelung rotan
  • pundi kacang/ beg pasir
  • bola berbagai saiz
10. Bahan-bahan rekreasi luar/dalam
  • trampolin
  • gelongsor
  • petak pasir
  • tali lompat dll
11. Bahan-bahan permainan dalam
  • catur
  • dam
  • tangga dan ular
  • monopoli dll

12. Peralatan vokasional
  • Peralatan yang boleh meransang kognitif dan memajukan daya pemikiran
  • peralatan dapur
  • peralatan berkebun
  • peralatan bengkel/pertukangan kayu
  • peralatan jahitan
13. Bahan-bahan latihan mengikut keupayaan murid
  • Peralatan pengawalan pernafasan
  • bahan-bahan terapi pertuturan
  • bahan-bahan latihan untuk murid palsy selebral yang ringan
  • bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu dll



Rujukan









Wednesday, 18 May 2016

Aplikasi- aplikasi yang digunakan dalam Pendidikan Khas 

Pada zaman teknologi serba canggih ini, penggunaan ICT telah pun memasuki pelbagai medium dan ruang yang ada dalam dunia ini. Bahagian pentadbiran, kewangan, pembangunan sehinggalah kepada pendidikan, segala-galanya menggunakan kemudahan ICT yang telah banyak mengubah sistem untuk menjadi lebih efisien dan efektif pada masa kini. 

Oleh itu, tidak ketinggalan juga bidang pendidikan khas di mana penggunaan ICT dilihat sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran serta juga boleh dijadikan sebagai terapi atau pun latihan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. 

Pihak sekolah dan guru seharusnya mendedahkan pelajar-pelajar pendidikan khas dengan penggunaan komputer supaya mereka juga mampu bersaing seperti pelajar tipikal yang lain. 

Selain itu, para guru pendidikan khas juga tahu tentang kepentingan komputer kepada pelajar-pelajar berkeperluan khasnya. Selain itu, terdapat juga aplikasi-aplikasi yang boleh dimanfaatkan untuk mengasah bakat pelajar dan ada juga aplikasi yang dicipta untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas. 

Kepentingan ICT dalam pendidikan khas

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
2. Memberi peluang yang sama kepada pelajar-pelajar bekeperluan khas meneroka keupayaan mereka
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. 

Secara umum, komputer dapat meningkatkan motivasi murid, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar, meningkatkan daya kreatif dan imaginatif murid dan membolehkan murid mengumpul data yang diperlukan


Aplikasi-apliksi yang digunakan dalam Pendidikan Khas 

1. Sosh - aplikasi yang digubakan untuk membantu golongan yang mengalami masalah sosial iaitu bergaul



2. Clicker Docs- Aplikasi yang digunakan untuk mereka yang mengalami kesukaran untuk menulis. 


3. SymbolSupport - aplikasi ini digunakan untuk meletakkan imej atau gambar pada teks. 



Aplikasi-aplikasi selebihnya boleh diakses melalui link berikutnya

P/S: Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada anda semua....















Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran 


Murid-murid Pendidikan Khas yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah:
1. Autisme
2. Sindrom Down
3. Selebral Palsi
4. Dileksia
5. Hiperaktif (ADHD) / Hipoaktif
6. Lembam
7. Pintar cerdas
8. Terencat akal yang minima


Setiap murid-murid ini mempunyai potensi yang berbeza-beza. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai diterapkan mengikut tahap kebolehan murid. Tahap masalah murid-murid ini boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iatu baik, sederhana dan lemah.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan
“ Guru -guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat  Pendidikan Khas”.

Program Inklusif 

Program Inklusif ialah Program Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) yang menempatkan murid-murid yang berpotensi untuk mengikuti P&P di kelas normal. Pemilihan murid-murid adalah berdasarkan penilaian prestasi dan pencapaian mereka di kelas khas. Menerusi program ini, murid-murid khas berpeluang mengikuti mana-mana matapelajaran di kelas aliran perdana dengan bimbingan daripada guru matapelajaran tersebut dan seorang guru pendidikan khas.

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan sekolah rendah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Pelaksanaan KSSR bagi Pendidikan Khas adalah seperti berikut:

Murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) 
Murid-murid ini mengikuti Kurikulum Altenatif yang digubal khusus berasaskan KSSR.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
Murid-murid ini mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMAL). Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Dunia Seni diubahsuai mengikut keperluan murid.

Murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
Murid-murid ini mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Bahasa Isyarat Komunikasu (BIK). Murid Tahun Pengukuhan pula mengikuti KSSR yang digubal khusus sebagai persediaan ke Tahun 1.

Rujukan 1
Rujukan 2
Rujukan
Rujukan 3

P/S: Semoga maklumat yang saya konsikan ini memberi manfaat kepada anda semua.... 

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

1.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.  Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran muridmurid khas.
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.  Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan  kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas


Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanakkanak yang mengalami kesukaran belajar.  Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.  Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.
Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.  Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat  objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri.  Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri) 
Sumber: Google Image

1.3  Istilah

1.3.1  Handicap

Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.  Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan.  Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa.  Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.
1.3.2  Disability
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal

1.3.3  Impairment

Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

1.4  Konsep Pendidikan Khas

Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini  dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. 
1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan khas di Malaysia
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara.  Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.  Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1
Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain.  Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.
Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat

Falsafah Pendidikan
Link Rujukan
P/S: Semoga bahan bacaan yang saya sedikan ini bermanfaat buat anda semua.....