Wednesday, 18 May 2016

Aplikasi- aplikasi yang digunakan dalam Pendidikan Khas 

Pada zaman teknologi serba canggih ini, penggunaan ICT telah pun memasuki pelbagai medium dan ruang yang ada dalam dunia ini. Bahagian pentadbiran, kewangan, pembangunan sehinggalah kepada pendidikan, segala-galanya menggunakan kemudahan ICT yang telah banyak mengubah sistem untuk menjadi lebih efisien dan efektif pada masa kini. 

Oleh itu, tidak ketinggalan juga bidang pendidikan khas di mana penggunaan ICT dilihat sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran serta juga boleh dijadikan sebagai terapi atau pun latihan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. 

Pihak sekolah dan guru seharusnya mendedahkan pelajar-pelajar pendidikan khas dengan penggunaan komputer supaya mereka juga mampu bersaing seperti pelajar tipikal yang lain. 

Selain itu, para guru pendidikan khas juga tahu tentang kepentingan komputer kepada pelajar-pelajar berkeperluan khasnya. Selain itu, terdapat juga aplikasi-aplikasi yang boleh dimanfaatkan untuk mengasah bakat pelajar dan ada juga aplikasi yang dicipta untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas. 

Kepentingan ICT dalam pendidikan khas

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
2. Memberi peluang yang sama kepada pelajar-pelajar bekeperluan khas meneroka keupayaan mereka
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. 

Secara umum, komputer dapat meningkatkan motivasi murid, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar, meningkatkan daya kreatif dan imaginatif murid dan membolehkan murid mengumpul data yang diperlukan


Aplikasi-apliksi yang digunakan dalam Pendidikan Khas 

1. Sosh - aplikasi yang digubakan untuk membantu golongan yang mengalami masalah sosial iaitu bergaul



2. Clicker Docs- Aplikasi yang digunakan untuk mereka yang mengalami kesukaran untuk menulis. 


3. SymbolSupport - aplikasi ini digunakan untuk meletakkan imej atau gambar pada teks. 



Aplikasi-aplikasi selebihnya boleh diakses melalui link berikutnya

P/S: Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada anda semua....














No comments:

Post a Comment