Definisi dan Konsep Pendidikan Khas
1.1 Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan
Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik
yang bersesuaian dengan murid-murid khas.
Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu
pembelajaran muridmurid khas.
Menurut
Hallahan dan Kauffman (2006):
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program
pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar
biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di
reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.
Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital
atau institut lain. Mansor (2005) Program
Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2
Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak
berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanakkanak yang
mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak
pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada
norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan
pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat
merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah
digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti kanak-kanak
istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat,
kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut
pertumbuhan dan perkembangan.
Menurut
Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar
biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.
Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa
bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk
melihat objek atau cahaya termasuk muka
ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak
yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak
lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak
normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan
mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku
(mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan
menjaga diri sendiri)
Sumber: Google Image |
1.3 Istilah
1.3.1
Handicap
Sesuatu kelemahan
yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan
atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah
dalam satu persekitaran yang berlainan.
Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar
bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa
tercacat ketika dalam makmal sains.
1.3.2 Disability
Sesuatu yang menghalang
seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh
individu normal
1.3.3 Impairment
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi.
Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari segi psikologi,
fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari
aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.
1.4 Konsep Pendidikan Khas
Konsep dan Kepentingan Pendidikan
Khas
Pendidikan Khas adalah
pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan
keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara
teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan
keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan
Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui
perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan
menggunakan kurikulum khas.
1.5 Hubungkait
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan khas di Malaysia
Sebelum 1995,
pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang
berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang
pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1
Oktober tahun 1995,
Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya
sama status jabatan-jabatan lain. Hal
ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang
dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.
Falsafah Pendidikan
Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Misi Pendidikan Khas
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas
untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.
Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup
sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan
Link Rujukan
P/S: Semoga bahan bacaan yang saya sedikan ini bermanfaat buat anda semua.....
No comments:
Post a Comment